Thursday, February 10, 2011

Kerana kuali... Aku anak derhaka..


Indahnya ciptaan Allah. Pabila pertama kali kita membuka mata di dunia ini setelah menghabiskan masa selama 9 bulan di dalam perut ibu kita, ketika itulah saat yang paling berharga bagi seseorang yang bergelar IBU. Di saat kita menangis ketika dilahirkan, semua yang ada disekeliling pasti akan senyum gembira. Namun, ketahuilah hakikat di mana insan yang paling gembira sekali sudah tentu ibu kita. Pengorbanan 9 bulan membawa kita ke hulur ke hilir, berpantang makan, bengkak kakinya berjalan, pening-pening, muntah akhirnya dikurniakan Allah cahaya mata yang sihat dan sebaik-baik kejadian. Tanpa ibu, siapalah kita. Tapi persoalannya pernahkan kita terfikir akan semua pengorbanan ibu kepada kita??

Esok akan bermulalah cuti semester bagi aku.. Orang pertama yang aku call sudah tentulah ibuku.. “Ibu, esok along balik. Cuti dah start”. Ayat yang sama akan dikatakan oleh semua rakan yang berada di kolej.

Keesokannya, sampailah aku di rumah.. Penat jugak bawak banyak barang ni.. Dah cuti.. Mestilah bawak banyak barang kan.. Baju?? Sudah pasti.. Kenapa?? Ibu aku boleh la basuhkan. Takdelah penat sangat.. Setelah sampai di rumah, terlihat seseorang yang menunggu di hadapan rumah seperti seseorang yang setia menunggu orang yang tersayang pulang ke rumah.. Tangan ibuku ku sambut.

“Dah sampai? Penat tak? Kesian anak ibu bawak balik banyak barang ni. Meh ibu bawakkan sket” kata ibu.. Kakikatnya bukan sikit, hampir sume barang aku diangkat oleh ibu..

“Along penat? Rehat la dulu.. hari ni nak makan ape?? Ibu masakkan makanan kegemaran along hari ini. ‘Nasi goreng kampung dengan sambal tumis sotong” Terukir lesung pipit di wajah ibuku. “Bole je bu.. Along rindu jugak kat masakan ibu. Tapi hari ni along nak tengok ibu masak. Mana tahu kot-kot nanti along boleh masak kat india nanti” Balasku dengan penuh gembira.. Ibu masih memberikan senyuman. Senyuman yang penuh keikhlasan dan kasih sayang. Ciptaan Allah yang paling indah.. Betullah macam lirik lagu nyanyian band Mega- bayangan gurauan.

Tanpa disedari, aku nyanyikan lagu tu depan ibu. “Andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu....” wajah ibuku pelik seketika..

Di dapur, aku melihat ibuku yang mula untuk memasak. Aku lihat ibu aku keluarkan sebiji kuali hitam. Saat itu, tak pernah plak aku terpikir kuali yang hitam ni, yang orang selalu buat tak endah je, yang baling-baling je, kadang2 budak kecik gune main ‘beyblade’ mampu buatkan aku sedar akan semua perkara.


Setelah ibu keluarkan semua bahan nak masak nasi gorang kampung dengan sambal tumis sotong, aku pon duduk di tepi. Mula2, ibuku memotong bawang. Tibe2 ibu menangis. Confim la kadang2 orang potong bawang ni boleh buat orang menangis kan. Kerana risau,aku pun tanye kat ibu..

“Ibu okey” Masih tersenyum sambil mengesatkan air matanya yang tidak sengaja keluar.
Terasa cam nk tolong.. Tapi mak cakap aku ni pegang pisau kasar sngat. Potong kecik2 last2 hancur dibuatnya. Kemudian ibu potong cili plak dan diblenderkan. Aku melihat ibu segera basuh tangan. Kenapa bu??

Cili ni kadang2 terasa pijar gak kan.. Baru aku tau.. Terasa panas je tangan pasal pijar cili. Cam kite letak thinner kat tangan. Terasa panas kan tangan.. Kire camtu la. Pastu Nampak pak tangan ibu terluka sket.. Risau aku..


“Tangan ibu kene pisau sikit tadi. Takde ape2 lah” Kata ibu tanpa apa2 tanda sakit.
Pastu mula la ibuku memasak. Dipanaskan kuali hitam tersebut. Berpeluh ibu aku tengok.. Mungkin pasal api panas sangat kot. Then, diletakkan minyak. Lepas panas, ibu pun mula menumis. Meletup2 minyak tu. Terkena la percikan minyak tu kat ibu.. Asap yang kuali tu pun kene mata mak aku.. Ibuku mengesat2 mata beliau.. Risau gak aku..

‘Ibu okey. Biasalah minyak percik ni. Sikit je pun’. Ibu masih mengukirkan senyuman.
Setelah siap masak, ibu pun mula menghidangkan nasik goreng bersama sambal sotong. Memang terase btol sedapnye bau die.. Dah lame ta makan masakan ibu kan.. Selalu makan kat gerai je. Tu pun indon yang masak. Plus ngan mamak yang bapak mahal kene bayar. Nie la rase nikmat kesedapan masakan seorang ibu.

Aku pun ape lagi. Melantaklah aku. Memang betol2 sedap pun. Kira kali ni dah termasuk 3 kali aku tambah. Tiba2 teringat plak ibu belum makan lagi.
“Bu, jom makan sekali. Ibu tak lapar ke?” Tanye aku sambil suap nasi.
‘makan la dulu. Ibu kenyang lagi. Nanti tinggalkan sikit untuk abang dengan ayah’. Balas ibu yang kelihatan ceria. Tapi nampak seolah2 beliau sengaja sorokkan keletihan beliau. Mungkin ibu dah makan kot. Aku pun terus je la makan. Dah siap makan, aku pun pergi ke dapur. Kelihatan ibu mencari seolah2 mencari sesuatu..

“Ibu cari ape? Nak along tolong?” Aku pun bertanye pada ibu...

Pang!!! Terjatuh pinggan aku dari genggaman aku.. Aku seolah2 lumpuh. Kaku.Keras.Hilang segala kata2. Tak dapat nak cakap ape2.. mahu saja aku sujud dikaki ibuku..


Ibu cakap ibu tak lapar...
Tapi kenape ibu menguis-nguis sisa-sisa nasi goreng di dalam kuali kemudian ibu suapkan ke dalam mulut ibu.......


‘Ibu saje je.. nak rasa sikit.. tu je’ Balas ibu dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari wajahnya...

Menitis air mata seorg lelaki, anak yang derhaka, .
Berlari aku memeluk ibu..

“Ibu.. maafkan along”..... aku tak mampu untuk berkata apa2 lagi...nangis? Tangisan yang tidak mampu menebus segala pengorbanan seorg ibu. Saya sayang ibu.. lidah aku terkelu.

Ya Allah.. Ampunkan la dosaku Ya Allah.. Kenapa aku lupa akan ibuku Ya Allah.. Pengorbanan ibu sangat2 tidak terhingga, tak pernah dia ungkit, tak pernah dia mengeluh, tak penah dia meminta.. Ya Allah... Ampunkanlah dosa ibuku.. Berikanlah ibuku menjadi org yang paling mulia disisiMu Ya Allah...

Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan ibu kita.. Cerita di atas mungkin hanya sekadar cebisan dari segala pengorbanan yang ibu kita telah curahkan.. Demi kita.. Hanya kita.. Demi kebahagiaan kita.. demi kejayaan kita.. segala-galanya untuk kita.. Tanpa upah.. Tanpa gaji.. tanpa alas an. Tanpa jemu.. Tanpa memekirkan dirinya sendiri.. Hanya kita.. bukan orang lain..
Apa yang kita nak balas?

Tepuk dada Tanya selera
Tepuk hati Tanya iman
Tepuk kepala lu pikir la sendiri.

No comments:

Post a Comment