Monday, April 2, 2012

Gambatte Kuddasai

Assalamualaikum, Alhamdulillah, den n rakan2 intec baru sahaja balik daripada hantar sahabat2 ktrg FLY ke JEPUN dekat KLIA tadi, syukur and best sangat2 dapat tengok dorg budak2 KTJ dapat FLY, ALhamdulillah, semua student2 KTJ dpt fly, tiada satu pun yang terlepas, insya Allah selepas ini, ktrg pula, student2 ALM akan menghadapi exam A-Level, and ktrg pula yang akan FLY, bulan 9 nanti, insya Allah.. amin..

Doa dan harapan buat Buat sahabat KTJ..:

Bismillah, ALhamdulillah, Allah itu sangat2 Pemurah dan Maha Mengetahui, Sesungguhnya aku berasa sangat2 bersyukur dapat bersahabat dengan korg, walaupun sedikit sahaja bilangan korg yang aku dapat kenal, tapi perkenalan aku dengan korg insya ALlah, memang ada hikmahnya disisi Allah, buat sahabat2 KTJ, fisrtly, aku ucapkan tahniah buat antum2 semua sebab berjaya membawa nama Islam ke merata dunia, insya Allah, korg akan menjadi duta Islam di Jepun, semoga korg terus kuat and terus mencungkil segala ilmu yang ada di luar sana.. ingatlah pesan nabi:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
( Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi )

“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)

aku mohon ampun n maaf juga kat korg semua sebab kadang2 aku terkasar bahasa, tergurau lebih2, termakan terminum harapnya korg ok and sudi untuk maafkan aku k, 0-0 balik la yek, minta halal dunia akhirat,hee..

insya Allah, setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan, cuma lambat atau cepat sahaja kan, and insya Allah, nnti aku rasa kalau kita semua dipanjangkan umur oleh Allah, kita buatlah reunion dekat mana2 and sure punya lah, semua mesti dah berubah bentuk, haha.. i mean, physically la sebab aku pun dah start mcm gemuk dah ni skrg.. haha

buat sahabat2 KTJ :

Ikmal
bosh
Zul
Ayu
Jue
Pujah
Mazni
Fiqah

arigatou buat segalanya, korg memang sahabat aku yang sangat lain daripada yang lain, semoga ikatan ukhuwah yang diberikan Allah ini berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus, amin.. semoga kita berjumpa lagi selepas korg balik Malaysia balik k.. insya ALlah..

p/s: buat sahabati, Alhamdulillah kerana den diperkenalkan Allah dengan hang, insya Allah semoga dipertemukan lagi selepas 5 tahun, sama2 teruskan bermujahadah kerana Allah, Sesungguhnya Allah memandang pada usaha dan tawakkal, biarlah Dia yang menentukan hasil yang terbaik buat kita, sama2 lah berusaha menjadi insan yang lebih baik disisi Allah, asif atas segala kekurangan dan gurauan2 yang terlebih, syukran jiddan sgt2 atas segala ilmu, perkongsian, teguran buat diri den, syukran juga pasal segala post2 hang kat page tu, semoga mendapat menfaat dari Allah, akhir kalam, semoga hang dan family sentiasa dalam rahmat Allah, selamat menuntut ilmu, bittaufiq wannajah, gambatte kuddasai, gunakan "bunga" elok2, haha..

Semoga sahabat2 KTJ semuanya sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALlah.. AMIN..
sekian sahaja untuk post kali ini.. mood sedih n tacing2 pula malam2 ni, selamat datang bulan April, lagi 39 hari lagi nak exam, jom study budak ALM sekalian.. he..ok, oyasuminasai. Wassalamualaikum warahmatullah..

1 comment: