Tuesday, May 15, 2012

3 panggilan Ilahi

Bismillah, insya Allah, just simple story, copy daripada facebook, semoga mendapat manfaat, insya Allah. ..

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup
Opah berkata ... ' , Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup *
Keningku berkerut .... .... 'Sedikit sekali Allah memanggil kita ..?'

Opah tersenyum. 'Ya, tau ke tak apa 3 panggilan tu..?'
Aku menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Opah.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar.
Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah.
Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.
Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas.
Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti '.
Aku terpaku .... . . Mataku berkaca-kaca. Terbayang aku masih melambatkan solat kerana meetinglah, mengajarlah, dan lain lain. Masya Allah .......

Opah melanjutkan,
Panggilan yang kedua adalah Panggilan * Umrah / Haji *

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran'. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain.
Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik / Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.
Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu '.
Mataku semakin berkaca-kaca. Subhanallah ...... Aku datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang ku rancangkan ... Alhamdulillah ...

'Dan panggilan ke-3', 'adalah KEMATIAN.

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita.
Pada kebanyakan kes, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. .. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah .... Insya Allah syurga adalah balasannya .. ... '

* Huraisy *

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah saw bersabda:
* Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka
jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya: 'Hai Huraisy! Engkau hendak
ke mana dan siapa yang kau cari? '
Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'
Pertama, orang yang meninggalkan solat
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu dan bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak. ' (Durratun Nasihin I, hal. 129)

No comments:

Post a Comment