Khalifah Ketiga, Malaikat
Berasa Malu Kepadanya
Khalifah Uthman merupakan
khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar
al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan orang ramai.
Nama beliau sebenarnya ialah Uthman
b. ‘Affan b. Abul-As yang mana beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad
SAW berumur 5 tahun. Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish
dari Bani Ummayah.
Beliau terkenal sebagai
seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau merupakan salah
seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan
dengan gelaran “al-Ghani”. Selepas memeluk Islam beliau banyak
mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam
peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50
ekor kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah,
umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina
Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20 000 dirham
untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.
Saidina Uthman bin Affan ra
adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap wara’. Tengah malamnya tak pernah
disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu untuk mengaji Al-Quran dan setiap
tahun beliau menunaikan ibadah haji. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir
air mata haru. Beliau selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan
kepentingan umat, dermawan dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah
melaksanakan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habasyah, dan yang kedua ke
Madinah.
Beliau digelarkan sebagai “Zunnurain”
yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua orang puteri Rasulullah iaitu
Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Setelah Ruqayyah meninggal dunia, Rasulullah SAW
telah menikahkan beliau dengan puteri Baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman
berkahwin sebanyak 7 kali lagi selepas kematian Ummi Kalthum dan seluruh
anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya yang terakhir ialah Nailah binti
Furaifisha.
Beliau dilantik menjadi
khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra yang ditikam. Beliau dilantik
menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Khalifah Umar al-Khattab ra.
Kepimpinan Dan Sejarah
Pentadbiran
Ahli sejarah telah
membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12 tahun kepada dua
bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan keagungan Islam,
manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-Kubra”
iaitu zaman huru hara.
Zaman Keamanan Dan
Keagungan Islam
Banyak jasa-jasa dan juga
kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam menyebar dan
memperkembangluaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:
1. Bidang Ketenteraan
Khalifah Uthman banyak
melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah negara dalam usahanya
menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar Islam yang dapat
mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi pada zaman
kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki ialah
Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa
buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan
tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan
perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui angkatan
tentera ini.
2. Pembukuan Al-Quran
Perluasan kuasa telah
menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas. Apabila ramainya
orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya perbezaan antara sesuatu
wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam. Apa yang
paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka mempelajari al-Quran. Banyak
terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa kepada salah bacaan antara satu
tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah
faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam dalam menyatakan siapakah
yang betul pembacaannya.
Oleh itu Khalifah Uthman telah
mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru yang mana ianya digunakan secara
rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa
Quraish dan yang mana al-Quran yang berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang
digunakan hingga kehari ini yang mana ianya dikenali dengan nama Mushaf
Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin kesucian al-Quran sebagai
sumber perundangan Islam.
3. Pembesaran Masjid Nabawi
Masjid Nabawi telah menjadi
padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai, Oleh itu Khalifah
Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan membeli tanah bagi
memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan pada tahun 29
Hijrah.
4. Menyebarkan Dakwah Islam
Khalifah Uthman sering
berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai banduan. Beliau juga
banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah telah
dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam. Beliau juga telah
melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas khas yang
membetulkan saf-saf sembahyang. Beliau juga banyak menggunakan al-Quran dan
as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.
Al-Fitnah al-Kubra
(Zaman Fitnah)
Pada akhir tahun 34 Hijrah,
pemerintahan Islam dilanda fitnah. Sasaran fitnah tersebut adalah Saidina
Uthman ra hingga mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya.
Fitnah yang keji datang dari
Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang
hendak umrah pada bulan Rajab.
Saidina Ali bin Abi Thalib ra
bermati-matian membela Saidina Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Saidina
Ali menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, yang segera dijawab oleh mereka,
“Uthman telah membakar mushaf-mushaf, shalat tidak diqasar sewaktu di Makkah,
mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat
pejabat dari kalangan generasi muda. la juga mengutamakan segala fasilitas
untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain.”
Pada hari Jumaat, Saidina
Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata, “Ya Allah, aku
beristighfar dan bertaubat kepadaMu. Aku bertaubat atas perbuatanku. ”
Saidina Ali ra menjawab :
“Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini adalah yang disepakati bersama keshahihannya.
Adapun shalat yang tidak diqasar sewaktu di Makkah, adalah kerana dia berkeluarga di Makkah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu shalatnya tidak diqasar.
Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternak sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternak unta dan domba miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya.
Adapun mengangkat pejabat dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian.
Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya.
Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga.”
“Mushaf-mushaf yang dibakar ialah yang mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini adalah yang disepakati bersama keshahihannya.
Adapun shalat yang tidak diqasar sewaktu di Makkah, adalah kerana dia berkeluarga di Makkah dan dia berniat untuk tinggal di sana. Oleh kerana itu shalatnya tidak diqasar.
Adapun sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternak sedekah sehingga mereka besar, bukan untuk ternak unta dan domba miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya.
Adapun mengangkat pejabat dari generasi muda, hal ini dilakukan semata-mata kerana mereka mempunyai kemampuan dalam bidang-bidang tersebut. Rasulullah SAW juga pernah melakukan ini hal yang demikian.
Adapun beliau mengutamakan kaumnya, Bani Umayyah, kerana Rasulullah sendiri mendahulukan kaum Quraish daripada bani lainnya.
Demi Allah seandainya kunci syurga ada di tanganku, aku akan memasukkan Bani Umayyah ke syurga.”
Setelah mendengar penjelasan
Ali ra, umat Islam pulang dengan rasa puas. Tetapi para peniup fitnah terus
melancarkan fitnah dan merencanakan makar jahat mereka. Di antara mereka ada
yang menyebarkan tulisan dengan tanda tangan palsu dari pada sababat termuka
yang menjelek-jelekkan Uthman. Mereka juga menuntut agar Uthman dibunuh.
Fitnah keji pun terus menjalar
dengan kejamnya, sebahagian besar umat termakan fitnah tersebut hingga
terjadinya pembunuhan atas dirinya, setelah sebelumnya terkepung selama satu
bulan di rumahnya. Peristiwa inilah yang disebut dengan “Al-Fitnah al-Kubra”
yang pertama, sehingga merobek persatuan umat Islam.
Saidina Uthman ra syahid
dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung rumahnya. Pada tanggal 8
Zulhijah 35 Hijriah, Uthman menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk
al-Quran yang dibacanya. Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai
oleh titisan darah. Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana
ianya merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa ’
ar-Rasyidin.
Allahu ‘alam bisshawab.
No comments:
Post a Comment