Wednesday, February 20, 2013

Surau oh Surau.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. WAJIB baca dan hayati hadith ini. :

 “Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz - yakni sendirian - dengan kelebihan dua puluh tujuh derajat.”  Muttafaq ‘alaih

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Ada seorang lelaki buta matanya datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya Rasulullah, saya ini tidak mempunyai seorang pembimbing yang dapat membimbing saya untuk pergi ke masjid,” lalu ia meminta kepada Rasulullah s.a.w. supaya diberi kelonggaran untuk bersembahyang di rumahnya saja, kemudian beliau s.a.w. memberikan kelonggaran padanya. Setelah orang itu berlalu, lalu beliau s.a.w. memanggilnya dan berkata padanya: “Adakah engkau mendengar azan shalat?” Orang itu menjawab: “Ya, mendengar.” Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Kalau begitu, kabulkanlah isi azannya itu.” Maksudnya: Datanglah untuk mengikuti jamaah, kalau menghendaki banyak fadhilat. – Riwayat Muslim

Jom kita muhabasah bersama..

1. Adakah kita seorang yang buta, tuli dan bisu..??

Jika tidak, Alhamdulillah kerana kita diberikan nikmat mata, telinga dan mulut.
Tetapi adakah kita menggunakan semua nikmat itu sebaiknya..??
Adakah kita ke surau apabila azan berkumandang..??

2. Adakah kita melihat surau di sekitar kita, mendengar azan..??

Jika kita melihat surau, mendengar azan.. maka, adakah kita solat berjemaah dan memeriahkan surau itu..??
Adakah kita hanya melihat surau dari pandangan jauh sahaja tanpa terlintas untuk solat berjemaah di sana ?

3. Adakah kita telah memberi sumbangan pada surau itu..??

Kalaupun kita telah memberi sumbangan berbentuk wang, ketahuilah sumbangan terbesar dan termulia ialah memeriahkan surau di sekitar kita.

4. Adakah kita mengenali warga2 di sekitar tempat tinggal kita..??

Salah satu cara untuk mengenali dan beramah mesra sesama jiran ialah bersama-sama mengunjungi surau dan masjid di sekitar kita.

5. Adakah kita malu dan segan untuk ke surau..??

Kita akan lebih malu di akhirat nanti kalau Allah bertanya :
“Kenapa tidak berjemaah di surau walhal engkau tidak buta, tidak pekak, bisu dan tempat tinggalmu juga amat dekat dengan surau itu.??” Apa nak jawab nanti..? ada cadangan..??

6. Adakah kita sayangkan agama kita iaitu Islam..??

kalau sayang, kenapa tidak mahu memeriahkan surau kita yang indah itu..??.. JOM KE SURAU.. J

No comments:

Post a Comment