Saturday, May 18, 2013

indonesia season 3

Bismillah..

Assalamualaikum warahmatullah.. Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Masih diberi hidup hari ini. Masih dapat menikmati pelbagai nikmat di dunia ini. Nikmat Islam dan Iman terutamanya. Nikmat sihat, rezeki ilmu dan berbagai lagi.. tq Allah.. :)

So. Agak lama menyepi. So. Nk isi balik diari den sejak cuti kat malaysia haritu. Sedar tak sedar dah 2 bulan dah lepas balik cuti haritu. Bnyak sgt perkara jadi kat den and mcm biasa, den listkan dalam bntuk point form jek. Supaya mudah den nk recall and senuym sorg2 bila baca balik nnti.. hee.

1. Balik awal ke indonesia..
2. Mulanya sem 2. Sem baru. Blok 5. Mulanya anatomi and subjek medik.
3. Pergi hospital husada. Praktikal anatomi. Berhadapan mayat. Muskuloskeletal
4. Birthday kak mis. Aman. Wan. Apai
5. Anniversary mak abah.
6. Den dpat 2 org awek baru. Qistina and aisyah humairah
7. Ukrida medical league. No 3 badminton single.
8. Ukrida medical art. Wan no 2. Solo. Butiran debu
9. Bowling piala datuk duta. Team no 1. Aman best player.
10. Soeul garden. Birthday wan.
11. central park. Birthday aman and kak mis
12. Hanamasa. Birthday azhan (poe)
13. Strudle. Birthday apai.
14. Futsal piala education malaysia. No 5.
15. Abg nash datang indonesia.
16. Jalan2 bandung.
17. blok 6 fail, kantoi. Tapi dah re test. Insya Allah past.. positive. :)
18. Pru. Alhamdulillah semua dah selesai. Insya Allah next time.. positive..
19. Malaysia festival. Kedutaan besar malaysia.
20. Smbutan birthday batch 2013. Rumah jalan menteng.

So. Itulah serba sikit mengenai diari den sepanjang 2 bulan ni. Banyak sangat2 hikmah yang Allah tunjuk kat den. Friendship. Ujian. Adab. Masalah hati. Istiqamah.semangat hidup. Again. Tq Allah.

Buat cikgu2 den. Tadika pasti al ukhuwah, Taman matahari. Sekolah kebangsaan kluang barat. Sekolah tinggi kluang. Sekolah menengah sains seremban. International education centre (intec). Ukrida indonesia. Syukran jiddan. Terima kasih bnyak2 kat cikgu2. Sebab kerana ilmu2 yang cikgu2 curahkan kepada den. Minta maaf banyak2 kat cikgu sebab kenakalan den selama di sekolah and pusat belajar dulu. Mohon dihalalkan segalanya dan mohon doa agar ilmu2 diberkati Allah.

Kepada sahabat den, saudari adibah. Semoga terus kuat menghadapi ujian Allah. Ujian Allah yang hebat hanya untuk hambanya yang hebat. Kami semua mendoakan adibah terus kuat, cepat sembuh and dapat sambung perjuangan dalam medik. insya Allah. Amin

Sedikit mengimbau kisah nabi ayub. Selalu sangat bila datang ujian kat kita, kadang2 kita cepat untuk down, stres, and sedih. Tapi yang boleh up kan kita balik bila tengok nabi ayub. Time dia sakit, isterinya tanya kat nabi ayub. Wahai suamiku. Engkaukan seorang nabi. Jadi, mintalah kepada Allah supaya sakitmu disembuhkan. Apa jawapan nabi Ayub.

Wahai isteriku, kita mendapat kemewahan hidup selama 50 tahun. Sakitku ini baru 18 tahun, jadi aku malu untuk minta kesembuhan daripada Allah. Perh. Hebat tak hebat nabi ayub boleh bagi jawapan macam tu. Kalau den la. Sakit perut sikit dah tak boleh jalan dah, inikan 18 tahun. Allah. Hebatnya nabi ayub.

So.itu je buat masa ni.insya Allah, semoga semuanya dipermudahkan Allah. Semoga mak ababah and family semuanya sehat2 belaka dalam barakah Allah. Amin.. doakan kami. Skrg blok7. Semoga terus sukses.. yosh.. Bittaufiq wannajah geng2 semua..

Sekian. Sampai sini dulu. Assalamualaikum..










1 comment:

  1. Salam..
    Mad. Summary yg menarik..
    Good luck utk blok yg baru. ;)

    ReplyDelete